fb fb fb fb fb

KDNK nominal Malaysia 2023 berjumlah RM1.8 trilion

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu meningkat kepada 1.6 peratus daripada 15.9 peratus pada 2022.

Beliau berkata, walaupun prestasi menyederhana, ekonomi kekal berdaya tahan terutama melalui perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang meningkat sebanyak 6.7 peratus.

"Pertumbuhan itu didorong oleh penambahbaikan sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan media KDNK Kaedah Pendapatan 2023, hari ini.

Menerusinya, Mohd Uzir berkata pertumbuhan kukuh 4.2 peratus manakala lebihan kendalian kasar turun 1.8 peratus.

Prestasi agihan pendapatan itu menunjukkan peralihan ke arah sumbangan pampasan pekerja lebih baik iaitu 33.1 peratus berbanding 32.3 peratus pada 2022.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN