fb fb fb fb fb

KDNK 2025 diunjur berkembang 4.8 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Firma penyelidikan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berkembang pada 4.8 peratus, berbanding 5.4 peratus tahun ini.

Ketua Penyelidikkan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, ramalan pertumbuhan itu didorong oleh faktor pemulihan ekonomi, dasar mesra pelabur dan peningkatan peluang pekerjaan.

"Pemulihan ekonomi global secara am telah menyokong pertumbuhan KDNK Malaysia iaitu mencapai sebanyak 5.2 peratus hingga 5.4 peratus untuk tahun 2024.

"Kedua, dasar kerajaan propelabur dan langkah-langkah mesra pelabur dalam Belanjawan 2024 serta kita lihat penyertaan aktif pelabur institusi daripada tempatan dan asing," katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, peningkatan peluang pekerjaan dan kadar upah yang lebih tinggi dijangka terus merangsang permintaan barangan dan perkhidmatan pengguna.

Sementara itu, firma penyelidikan itu meramalkan, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3 peratus sepanjang tahun hadapan.

Pengekalan akan mengalakkan aktiviti perniagaan dengan kos pinjaman sederhana, selain membantu menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang utama lain.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI