fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.84 bilion dan RM20.63 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta  bertempoh 14 hari, serta dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion (30 hari) dan RM500 juta (93 hari).

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM44.3 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM20.6 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI