fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.03 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik yang meliputi tender RM510 juta bagi 33 hari dan tender RM390 juta untuk 92 hari.

Selain itu, BNM akan melaksanakan tender repo berbalik Islam bagi RM600 juta dengan tempoh 33 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, bank pusat akan mengendalikan tender semalaman konvensional bagi RM39.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM21.6 bilion. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI