fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM38.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.17 bilion dalam dana Islam.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM39.0 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM25.5 bilion.- BERNAMA

TAG: kadar jangka pendek, sistem kewangan, mudah tunai, tender pasaran wang, Bank Negara Malaysia

ROSLINA BINTI DIN