KUALA LUMPUR, 2 Oktober -Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan konvensional dianggarkan berjumlah RM32.07 bilion manakala dalam sistem Islam mencecah RM27.25 bilion.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.8 bilion untuk tempoh tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi 32 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM36.4 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM27.3 bilion. - BERNAMA