KUALA LUMPUR, 31 Disember - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM28.29 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.03 bilion dalam dana Islam.
BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik, iaitu tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi 31 hari.
Bank pusat juga akan melaksanakan tender repo berbalik Islam (SBBA) RM300 juta untuk tujuh hari, serta tender repo berbalik semalaman RM2 bilion bagi dua hari.
Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, sebulan, dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman murabahah RM20.3 bilion. - BERNAMA