fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Khamis, dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM35.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.15 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik RM1.5 bilion bagi 32 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM36.6 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM24.2 bilion.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN