fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu baru berakhir ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM33.91 bilion daripada RM27.90 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi sistem Islam, mudah tunai itu berkurangan kepada RM20.30 bilion daripada RM25.50 bilion, sebelum ini.

Setakat 19 September, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE