fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.47 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.46 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional iaitu tender bernilai RM1 bilion bagi tempoh tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 14 hari.

BNM akan turut mengendalikan dua tender Qard masing-masing merangkumi tender RM400 juta selama tujuh hari dan tender RM200 juta selama 14 hari serta dua tender repo berbalik terdiri daripada tender RM1.5 bilion selama 32 hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 92 hari.

Selain itu, bank pusat itu akan menerbitkan tender Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM3 bilion selama 32 hari pada 9 Okt dan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM32.0 bilion tender semalaman konvensional dan tender semalaman Murabahah bernilai RM25.9 bilion.- BERNAMA 

 
(FOTO HIASAN)

Media Baharu