fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM43.07 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM25.61 bilion.

Bank pusat itu pada hari ini akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, masing-masing merangkumi tender RM1 bilion selama enam hari dan tender RM500 juta selama 14 hari serta dua tender Program Komoditi Murabahah terdiri daripada tender RM400 juta selama 14 hari dan tender RM100 juta selama 21 hari.

BNM akan turut melaksanakan satu tender repo berbalik RM370 juta selama 184 hari.

(Foto fail)

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Bercagar Murabahah bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM24.1 bilion. -BERNAMA

Media Baharu