fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada urus niaga Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM41.2 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.07 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1.50 bilion selama 33 hari dan RM1.0 bilion bagi tempoh 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24.1 bilion.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM