fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM38.70 bilion daripada RM38.99 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam ia berkurangan kepada RM24.04 bilion daripada RM25.17 bilion.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM24.00 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 1 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI