fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.51 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM16.90 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi masing-masing RM2.7 bilion untuk tempoh tujuh hari, RM1.5 bilion bagi 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 94 hari serta satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) sebanyak RM300 juta selama tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, pengaturan pinjaman khas tetap (SSBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat itu akan melaksanakan sehingga RM43.7 bilion tender semalaman konvensional dan RM17.2 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA