fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 23 November - Kadar jangka pendek antara bank dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Untuk minggu yang baru berakhir ini, bank pusat itu memasuki pasaran bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM34.50 bilion daripada RM33.40 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM18 bilion daripada RM20 bilion sebelum itu.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 21 November. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF