fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.83 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM20.96 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan dua tender repo berbalik iaitu masing-masing RM1.5 bilion selama 31 hari, tender RM1 bilion bagi tempoh 91 hari selain tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion selama tiga hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Selain itu pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.3 bilion dan RM21.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN