fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Gambar fail/RTM

KUALA LUMPUR, 24 November - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM41.2 bilion dalam pasaran konvensional dan RM22.30 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.4 bilion dan RM22.8 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

EZA YUSMAWATI YAACOP