KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.05 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.90 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 91 hari.
BNM menjalankan dua tender repo berbalik Islam terdiri daripada tender bernilai RM280 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM400 juta untuk 91 hari.
Ia juga menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2.0 bilion untuk tiga hari.
Selain itu, ia mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.3 bilion.- BERNAMA