KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM39.44 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.91 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion, masing-masing untuk 32 hari dan 92 hari.
Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam, terdiri daripada RM300 juta untuk tujuh hari dan RM130 juta untuk 32 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.4 bilion dan RM17.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA