fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM39.12 bilion dalam sistem konvensional dan RM16 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan Tender Repo Berbalik Islam (SBBA) bernilai RM800 juta untuk 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI