fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.52 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM400 juta untuk 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.7 bilion dan RM25.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN