fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.67 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.33 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender Qard bernilai RM600 juta untuk tujuh hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 91 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.2 bilion dan RM31.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI