fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggar berjumlah RM38.57 bllion dalam sistem konvensional dan RM19.06 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion bagi tujuh hari dan RM1.0 bilion bagi 94 hari.

BNM juga akan menawarkan dua tender repo berbalik Islam terdiri daripada RM300 juta bagi tujuh hari dan RM600 juta bagi 31 hari dan RM2 bilion tender repo berbalik semalaman bagi tiga hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM43.1 bilion dan tender semalaman murabahah bernilai RM20.0 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE