fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM23.67 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.93 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion untuk satu hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.7 bilion dan RM19.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM