fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM29.93 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.89 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion bagi 32 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman RM1.5 bilion bagi satu hari.

Dalam pada itu, bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM20.9 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM