fb fb fb fb fb

Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0 peratus pada Mei

Kadar inflasi Malaysia kekal rendah dengan peningkatan 2.0 peratus pada Mei 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kadar inflasi Malaysia kekal rendah dengan peningkatan 2.0 peratus pada Mei 2024.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, mata indeks pada bulan berkenaan bertambah kepada 132.8 mata berbanding 130.2 bulan sama tahun sebelumnya.

Peningkatan pada bulan Mei didorong peningkatan kumpulan utama antaranya perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, serta restoran dan perkhidmatan penginapan.

Pakaian dan kasut serta insurans dan perkhidmatan kewangan masing-masing merosot 0.2 peratus dan 0.1 peratus.

Sementara itu, inflasi teras meningkat 1.9 peratus pada Mei 2024, kadar sama dicatatkan pada April 2024.

Kenaikan kebanyakannya dipacu restoran dan perkhidmatan penginapan serta makanan dan minuman.

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, kadar inflasi negara lebih rendah berbanding Korea Selatan, Indonesia dan Filipina namun, lebih tinggi berbanding Thailand dan China.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN