fb fb fb fb fb

Kadar antara bank stabil, BNM serap mudah tunai

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional melonjak kepada RM32.83 bilion daripada RM28.89 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.14 bilion daripada RM24.79 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

Pada 4 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.10 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 20 Disember.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN