fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu hadapan

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, BNM menjalankan operasi harian melalui tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan kecairan dalam sistem kewangan.

Secara mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM39.30 bilion pada hari Jumaat daripada RM41.30 bilion yang dicatatkan semasa minggu sebelumnya, manakala lebihan mudah tunai dalam sistem Islam meningkat kepada RM25.10 bilion daripada RM23.10 bilion.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 12 Disember, 2025. -BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM