fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan

BNM

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM34.54 bilion daripada RM33.84 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menurun kepada RM19.03 bilion daripada RM23.04 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 29 Februari. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA