fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM25.11 bilion dan RM29.50 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM500 juta dan satu tender Qard bernilai RM500 juta, kedua-duanya untuk jangka masa tujuh hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik RM1 bilion, masing-masing bertempoh 31 dan 91 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM26.6 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM29.0 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN