fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dututup stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM41.24 bilion daripada RM44.49 bilion pagi ini manakala dana Islam meningkat kepada RM16.84 bilion daripada RM12.99 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo terbalik serta satu tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 27 Sept 2024. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI