fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil hari ini

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM34.39 bilion dan RM30.58 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

BNM juga akan mengendalikan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 31 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM500 juta (tujuh hari) dan tender RM200 juta (14 hari).

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi jangka masa satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.9 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM29.9 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA