fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Januari - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM34.85 bilion berbanding RM35.97 bilion yang disaksikan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam susut kepada RM26.23 bilion daripada RM28.33 bilion.

Awal hari ini, bank pusat itu melaksanakan satu tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard, satu tender repo berbalik dan tender Bil Antara Bank BNM (BNIB).

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM26.2 bilion daripada RM25.8 bilion.

Pukul 4 petang, ia melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM34.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM26.20 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus setakat 22 Jan. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF