fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM30.94 bilion daripada RM34.39 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam meningkat sedikit kepada RM30.94 bilion daripada RM30.58 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan dua tender Qard.

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada masa yang sama, BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM29.9 bilion kepada RM30.9 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender bernilai RM30.90 bilion masing-masing untuk pasaran wang konvensional dan pasaran wang murabahah, bagi wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah pada 3.00 peratus setakat 4 Dis.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN