fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan/ RTM

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM27.30 bilion daripada RM27.90 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM25.70 bilion daripada RM27.33 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, selain kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang, ia mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM27.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM25.70 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 2 Oktober 2025. -BERNAMA

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN