fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.10 bilion daripada RM38.57 bilion pagi ini manakala dana Islam sedikit bertambah kepada RM19.09 bilion daripada RM19.06 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik Islam, dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM19.10 bilion daripada RM40.10 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM40.3 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.4 bilion, kedua-dua bagi tempoh kematangan tiga hari.

Setakat 3 Oktober 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA