fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 9 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM23.10 bilion daripada RM22.81 bilion pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM23.90 bilion daripada RM25.1 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menjalankan dua tender repo terbalik.

Ia turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.90 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Setakat 6 September 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA