fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM35.30 bilion daripada RM37.20 bilion pada sebelah pagi, manakala dana Islam turun kepada RM21.40 bilion daripada RM22.79 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan dua tender repo berbalik.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM21.40 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Setakat 25 Julai, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI