fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM41.04 bilion daripada RM41.49 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM23.14 bilion daripada RM23.26 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.1 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Setakat 18 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI