fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM31.11 bilion berbanding RM34.99 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM18.43 bilion daripada RM14.98 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam.

BNM juga menyemak semula tender semalaman murabahah kepada RM18.4 bilion daripada RM15.9 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.1 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 12 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI