fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM31.63 bilion berbanding RM34.48 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM21.03 bilion daripada RM19.77 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard, dua tender repo berbalik dan tender Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

BNM juga menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM19.5 bilion kepada RM21.0 bilion sebelum ini.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM21.0 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 6 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI