fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 November - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM41.31 bilion daripada RM39.61 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM19.80 bilion daripada RM23.57 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tender qard dan dua tender repo berbalik.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar selama satu dan tiga bulan.

Bank pusat itu menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM40.60 bilion kepada RM41.30 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.80 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Pada 16 November, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF