KUALA LUMPUR, 6 Julai- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari bagi mengurangkan lebihan tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional pada minggu ini menyusut kepada RM39.08 bilion daripada RM40.73 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai merosot kepada RM20.80 bilion berbanding RM22.69 bilion sebelum itu.
Setakat 4 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA