fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik, Islam dan konvensional.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional pada minggu ini merosot kepada RM40.73 bilion daripada RM42.96 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai naik kepada RM22.69 bilion daripada RM16.28 bilion sebelum ini.

Setakat 27 Jun, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.
- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI