fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, BNM memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik semalaman.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.30 bilion daripada RM32.00 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurangan kepada RM17.19 bilion daripada RM18.10 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 17 Okt, 2024.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN