fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, BNM campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan tender Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu itu turun kepada RM25.65 bilion daripada RM27.15 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM23.75 bilion daripada RM21.74 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 15 Februari. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI