fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Jumlah kargo syarikat penerbangan asia pasifik naik 4.9%

(Ketua Pengarah IATA Willie Walsh)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding 2.3 peratus pada Julai.

“Syarikat penerbangan di rantau ini mendapat manfaat daripada pertumbuhan di dua laluan perdagangan utama: Eropah-Asia (naik daripada 3.1 peratus pada Julai kepada 8.8 peratus pada Ogos) dan Timur Tengah-Asia (meningkat daripada 2.7 peratus pada Julai kepada 3.5 peratus pada Ogos),” menurut IATA, yang mewakili kira-kira 300 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 83 peratus daripada trafik udara global.

Selain itu, laluan perdagangan dalam Asia turut menunjukkan prestasi yang lebih baik pada Ogos, dengan CTK antarabangsa menyusut sebanyak 4.7 peratus berbanding penurunan tahunan 9.7 peratus pada Julai.

Kapasiti tersedia untuk syarikat penerbangan di rantau ini meningkat 28.5 peratus berbanding Ogos 2022.

Di peringkat global, permintaan kargo udara tahun ke tahun meningkat buat kali pertama dalam tempoh 19 bulan, menurut IATA.

“Permintaan global meningkat 1.5 peratus berbanding paras Ogos 2022 (1.2 peratus untuk operasi antarabangsa).

“Permintaan kargo udara naik 1.5 peratus berbanding Ogos sebelumnya. Ini adalah pertumbuhan tahun ke tahun yang pertama dalam tempoh 19 bulan, justeru ia adalah berita yang dialu-alukan.

“Melihat ke hadapan, walaupun banyak ketidaktentuan, kami dapat mengambil sedikit keyakinan daripada data indeks pengurus pembelian yang bergerak ke arah positif.

“Ini amat penting apabila kami menuju ke musim puncak akhir tahun untuk kargo udara,” kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh.- BERNAMA