KUALA LUMPUR, 2 September - Kepelbagaian inisiatif baharu dalam Belanjawan 2025 akan memberi manfaat secara langsung kepada golongan berpendapatan sederhana, sekali gus menjadi antara usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan rakyat.
Perkara itu dinyatakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Profesor Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman di Dewan Negara.
“Walaupun kerajaan meneruskan langkah konsolidasi fiskal, namun seiring dengan kerangka ekonomi medan ini untuk menaikkan lantai, kerajaan tetap berusaha untuk menguatkan jaringan sosial dan memastikan tiada rakyat terpinggir, meskipun kuasa kehidupan meningkat dengan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan yang komprehensif.
"Ini termasuklah peningkatan peruntukan kepada RM15 bilion ringgit untuk sumbangan tunai rahmah dan sumbangan asas rahmah berbanding RM10 bilion ringgit pada tahun sebelumnya. Bantuan lain tambahan RM2 bilion ringgit penghargaan SARA secara sekali beri yang diumumkan Perdana menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Amir Hamzah menegaskan, program subsidi bersasar dan Jualan Rahmah turut diperhebatkan bagi memastikan barang keperluan asas dapat diperoleh pada harga berpatutan.
“Peruntukan sejumlah RM1 bilion ringgit disediakan untuk menangani kos SARA hidup dengan lebih meluas termasuk pengawalan harga barang asas seperti beras, minyak masak seperti program Payung Rahmah yang telah disediakan peruntukan sebanyak RM600 juta ringgit pada tahun 2025.
"Jualan Rahmah diperhebatkan lagi bagi menawarkan barang keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri yang memanfaatkan semua golongan termasuk gelongan M40.
"Kerajaan juga menyediakan peruntukan subsidi bahan asas yang lain termasuk subsidi minyak masak serta bantuan subsidi Madani atau budi Madani yang membantu menstabilkan harga barang,” jelasnya