fb fb fb fb fb

Inflasi negara kekal 2.0-3.5 peratus selepas rasionalisasi subsidi diesel

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Inflasi keseluruhan negara dijangka kekal antara 2.0% hingga 3.5% tahun ini selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel pada 10 Jun.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, rasionalisasi ini lebih tertumpu kepada membantu rakyat dan menangani penyeludupan dalaman serta rentas sempadan.

Justeru, kerajaan akan terus memastikan tiada kenaikan harga barangan yang tidak seimbang susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.

Beliau berkata demikian semasa sesi panel dalam Simposium bertajuk “Subsidy Rationalisation: Charting The Course Towards Economic Transformation” di Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia.

Pada Mei lalu, Bank Negara Malaysia mengumumkan Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0% hingga 3.5% dan antara 2.0% hingga 3.0% pada 2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD