fb fb fb fb fb

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 22 September - Inflasi Malaysia kekal pada kadar 2.0 peratus pada Ogos bersamaan dengan kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada Julai 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata ia didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.

(Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin / FOTO FAIL)

"Ini diikuti oleh kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan dan kesihatan masing-masing meningkat sebanyak 2.4 peratus," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 4.1 peratus.

Komponen Makanan di rumah pula merekodkan peningkatan marginal 2.9 peratus berbanding 3.0 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

Manakala bagi inflasi diperingkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.0 peratus.

Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Ogos 2023 meningkat marginal kepada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Julai 2023, yang disumbangkan antaranya oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Media Baharu